Persatuan Pengakap
Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para belia dan beliawanis. Ianya sebahagian daripada pertubuhan kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupunWorld Organization of the Scout Movement. Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen.
Isi kandungan
[sorokkan]Sejarah kepengakapan di Malaysia[sunting | sunting sumber]
Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanahair seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.
Kronologi penubuhan pasukan pengakap di negeri-negeri[sunting | sunting sumber]
Negeri | Tarikh |
Pulau Pinang | 1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang |
1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin | |
1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R Cheeseman | |
Kuala Lumpur dan Selangor | 1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw |
Pahang | 1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal. |
1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet | |
Sabah | 1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan |
Sarawak | 1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching |
Kedah | 1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield di Kolej Sultan Abdul Hamid |
Perak | 1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar |
Melaka | 1926, dibawa oleh R Brunstone |
Negeri Sembilan | 1926, juga oleh R. Brunstone |
Terengganu | 1927, ditubuhkan oleh A J Gracle |
Kelantan | 1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail |
Johor | 1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) |
Perlis | 1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara |
Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepasPerang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.
Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.
Keahlian dan peringkat umur pengakap[sunting | sunting sumber]
Keunikan pengakap sebagai unit beruniform yang asal ialah ia menerima ahli dari berbagai lapisan masyarakat. Asal saja seseorang itu menerima prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap, beliau boleh menyertai pergerakan ini. Keahlian yang bersifat universal ini memupuk perpaduan antara ahli tanpa mengira bangsa, budaya dan fahaman agama. Keahlian pengakap juga tidak dihadkan oleh faktor usia. Malah seseorang itu boleh menjadi pengakap hingga akhir usia dan dari inilah timbul ungkapan "Sekali Berpengakap, Teruskan Berpengakap". Anggota-anggota pergerakan pengakap pula dibahagikan mengikut beberapa peringkat umur seawal 10 tahun hinggalah dewasa.
- Pengakap Kanak-kanak (bahasa Inggeris: Cub Scout), untuk mereka yang berumur 10 hingga 12 tahun, lazimnya pelajar tahun 4 hingga tahun 6. Motto Pengakap Kanak-kanak ialah Buat Habis Baik.
- Pengakap Muda ataupun Junior Scout, untuk yang berusia 13 hingga 15 tahun iaitu pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Cogankatanya ialah Selalu Sedia.
- Pengakap Remaja atau Senior Scout untuk anak-anak muda tingkatan 4 dan 5. Mottonya ialah Pandang Luas.
- Pengakap Kelana (Rover Scout) untuk ahli-ahli dewasa lepasan sekolah dan tiada had umur. Terdapat juga dua kumpulan latihan kelana yang ditadbir setaraf negeri iaitu Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). KLM dikhususkan bagi penuntut-penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) manakala KLKM untuk penuntut-penuntut di universiti, politeknik dan kolej universiti. Motto pergerakan kelana ialah Berkhidmat.
Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia[sunting | sunting sumber]
Carta Oganisasi Majlis Pengakap Negara[sunting | sunting sumber]
Ketua Pengakap Negara/Yang Dipertua Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr Haji Shafie Haji Salleh | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Naib Yang Dipertua Datuk Dr. Hj Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin (B) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ketua Pegawai Eksekutif Dato' Raja Ruslan bin Raja Samah | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
{{{ Datuk Haji Abdul Kader bin Mohd Nor }}} | {{{Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Dr Haji Awang Zainie Haji Suntim }}} | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Setiausaha Dato' Raja Ruslan bin Raja Samah | Bendahari Dato' Haji Abdullah Haji Taib | Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Dr. Mohammed Mukhyuddin Sarwani
Haji Zakran Abd Manan (ICT dan Jota / Joti)(Pesuruhjaya Antarabangsa) Haji Ishak bin Mohd Jonid (Pesuruhjaya Latihan Negara dan Sumber Dewasa) Haji Mohd Zulkifli bin Dato' Haji Maulud (Pesuruhjaya Program Negara) Haji Nasaruddin bin Haji Shamsuddin (Tugas Khas) Rajalingam Ramasamy (WOSM / APR /ASEAN Liason Officer) Cik Lau Hooi Lin (Tugas Khas) Ahmad Sabri bin Saad (Profile Pengakap, Pendaftaran dan Keahlian Pengakap) Amir Hamzah bin Aman (Bicara Tokoh, Alam Sekitar, Kemasyarakatan dan Messenger of Peace) Haji Abd. Razak Haji Shahidan (Tugas Khas) Hj. Zulkifli bin Ansari (Tugas Khas) T. Gunasellan (Tugas Khas Perundangan dan BP Guild) Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Salleh (Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara - Pakar Rujuk Kelana) Encik Shah Anuar bin Harun (Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara - Kesenian dan Kebudayaan) Paramasivam Palany (Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara - Promosi dan Penjenamaan) Chan Ah Sang (Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara - Penajaan dan Sumbangan) Ahmad Fauzi bin Haji Mustafa (Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara - Penerangan dan Media) Mejar Rosila bin Mohamad Haroman (Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara) Gordon Koh Hong Kian (Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara) | Pesuruhjaya-pesuruhjaya Ibu Pejabat Mohd Fadzil bin Mohd Yusop (Pengakap Remaja) Eric Chee Swee Kit (Latihan) Mohd Nazlee Mohd Baki(Latihan) Capt. Abdul Mueiem Sahadin (Pengakap Udara) Mohd Hilmi bin Abu Bakar (Pengakap Laut) Mohd Faisal Hashim (Logistik) Saiful Azlan bin Azimat (Latihan) P S Maniam (Tugas-tugas Khas) Ahmad Razif bin Ramli (Pendaftaran dan Keahlian) Khairul Irwan bin Ibrahim (Media dan ICT) Ramakrishnan Ramasamy (Pengurusan Risiko) Haji Faizal bin Abdul Rahim (Sumber Dewasa) Siti Khadzimah Sallip (Hal Ehwal Wanita) Teoh Kheng Lin (Pengakap Muda) Adha Fikris bin Mokhtar (Program) Noor Azmi bin Ujang (Program) Cheong Kow Chai Philip(Perhubungan Awam) Mohd Hafiz bin Ariffin(Tugas Khas Kelana) Haji Zulfadzli bin Haji Ahmad (Media dan ICT) Nashua binti Fauzun (Perhubungan Antarabangsa) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ketua Pegawai Operasi Mohd Zaki Nurud-din @ Nordin | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Setiausaha Eksekutif Latihan Kosong | |||||||||||||
Setiausaha Eksekutif Program Kosong | |||||||||||||
Setiausaha Eksekutif Pentadbiran Cik Rosnah binti Haji Baharom | |||||||||||||
Setiausaha Eksekutif Kewangan Puan Siti Ramlah binti Ahmad | |||||||||||||
Pen. Setiausaha Eksekutif Latihan Encik Sharil bin Kuru | |||||||||||||
Pen. Setiausaha Eksekutif Program Encik Mohd Azri bin Ramli @ Hisham | |||||||||||||
Pembantu-pembantu Tadbir Cik Natasha Addha binti Baharom | |||||||||||||
Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia mempunyai beberapa hieraki. Yang tertinggi majlis di peringkat kebangsaan, kemudian di peringkat negeri dan seterusnya majlis pengakap daerah.
Di peringkat negeri, majlis pengakap diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri dan dibantu oleh Penolong-penolong Pesuruhjaya Negeri. Majlis pengakap daerah pula dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Daerah masing-masing.
Ketua - Ketua Pesuruhjaya Negeri[sunting | sunting sumber]
Negeri | Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri |
Johor | Haji Yaacob bin Abdul Karim |
Kedah | Haji Ismail bin Ku Ishak |
Kelantan | Haji Adnan bin Hassan Nordin |
Melaka | Mohd Zamir bin Hj. Mohd Sharif |
Negeri Sembilan | Hamdan bin Haji Mohd Nor |
Pahang | Dato' Haji Lias bin Mohd Nor |
Perak | Haji Ahmad Azam bin Abdul Majid |
Perlis | Haji Rahim bin Mohamed |
Pulau Pinang | Haji Zulkafli bin Kamaruddin |
Sabah | Datuk Dr. Haji Awang Zainie bin Haji Suntim |
Selangor | Haji Ishak bin Mohd Jonid |
Sarawak | Sudaryo bin Osman |
Terengganu | Haji Che Soh bin Muda |
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Dato' Dr. Elli bin Mohd Tahir |
Wilayah Persekutuan Labuan | Hong Heng Chee |
Kumpulan Latihan Malaysia (KLM/IPGM/KPM) | Mohd Radzi bin Johari |
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) | Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohamad |
Organisasi unit kecil pengakap[sunting | sunting sumber]
Setiap kumpulan pengakap di sekolah lazimnya dipanggil trup. Trup ini mempunyai pengenalan khusus berupa lencana-lencana yang dipakai di bahu kanan terdiri dari nama negeri, nama daerah dan nombor kumpulan. Setiap kumpulan atau trup mempunyai nombor unik mengikut giliran ianya ditubuhkan. Contohnya, pasukan atau sekolah yang memakai lencana (KELANTAN), (KOTA BHARU) dan (80) ialah pasukan yang ke-80 ditubuhkan di daerah Kota Bharu di Kelantan.
Trup-trup kelana pula lazimnya dipanggil krew. Pasukan-pasukan krew ini tidak mempunyai nombor sebaliknya menggunakan abjad A,B,C dan sebagainya. KLM dan KLKM pula menggunakan lencana atau flash nama institusi pengajian mereka.
Setiap trup pula dibahagikan kepada patrol yang lazimnya mempunyai 6 pengakap. Setiap trup diketuai oleh ketua, manakala patrol dipimpin oleh ketua patrol dibantu oleh penolong ketua patrol. Di sekolah-sekolah, lazimnya guru-guru penasihat diangkat menjadi pemimpin dan penolong pemimpin, terutama guru-guru yang menyertai latihanmanikayu. Di institut pendidikan guru, kolej-kolej dan universiti, ahli-ahli kanan yang telah menamatkan latihan manikayu menjadi pemimpin.
Epolet pemimpin dan pesuruhjaya[sunting | sunting sumber]
Epolet pemimpin dan pesuruhjaya mengandungi susunan lengkar beserta warna latar bagi menunjukkan pangkat seseorang. Warna hijau dan kuning digunakan oleh penaung dan penaung diraja. Warna merun pula untuk menteri-menteri dan ahli-ahli kerajaan. Biru tua adalah untuk susunan pegawai-pegawai pemimpin dan pesuruhjaya manakala ungu untuk susunan jurulatih. Bagi ahli kelana yang belum mendapat manik kayu, dikhususkan kepada mereka untuk memakai epolet seperti penolong pemimpin dengan latar belakang merah. Epolet ini mempunyai perkataan "KELANA" tertulis di atasnya.
Alamat surat-menyurat[sunting | sunting sumber]
Persekutuan Pengakap Malaysia
The Scouts Association of Malaysia
Rumah B-P
4 Jalan Hang Jebat
50150 Kuala Lumpur
Phone: +60 (3) 2078-0836 / 2070 6978
Fax: +60 (3) 2070-9057
email: pengakap@scouts.my
URL: http://www.pengakapmalaysia.org
The Scouts Association of Malaysia
Rumah B-P
4 Jalan Hang Jebat
50150 Kuala Lumpur
Phone: +60 (3) 2078-0836 / 2070 6978
Fax: +60 (3) 2070-9057
email: pengakap@scouts.my
URL: http://www.pengakapmalaysia.org
Jambori Malaysia[sunting | sunting sumber]
Malaysia mengadakan banyak jambori kebangsaan semenjak 1966. Setiap negeri mengambil giliran menjadi hos, dan hanya Perlis dan Selangor yang masih belum melakukannya. Daftar pelbagai jambori kebangsaan dan tahun ia diadakan adalah seperti berikut :
- 1966 - Penang (Ketua Kem - Tan Sri Wong Pow Nee)
- 1970 - Melaka
- 1974 - Johor
- 1978 - Sarawak
- 1982 - Kelantan
- 1986 - Pahang
- 1989 - Perak
- 1992 - Sabah
- 1997 - Terengganu
- 2002 - Kedah
- 2006 - Negeri Sembilan
- 2011 - Terengganu
- 2013 - Johor
- 2016 - KuaLa Lumpur
Pada tahun 2008, jambori bagi meraikan 100 tahun pengakap di Malaysia telah diadakan pada Ogos 2008, menyaksikan penyertaan pengakap dari seluruh Malaysia termasuk negara Asia Pasifik.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Daftar persatuan di Malaysia
- Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia
- Majlis Pengakap Kelana Negara
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- http://www.kelana.org - Rover Scout Official website
- http://www.scouts.my
- http://www.scout.my
- http://www.scout.org.my
- Ke Arah Mendapatkan Anugerah Pengakap Raja (Path To Achieve The King's Scout Award)
- RM2mil Jamboree Information
- Laman Web Persekutuan Pengakap Malaysia
|
...
ReplyDelete