Sunday, 17 July 2016

PERSATUAN PENGAKAP

                              Persatuan Pengakap
Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para belia dan beliawanis. Ianya sebahagian daripada pertubuhan kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupunWorld Organization of the Scout Movement. Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen.

Sejarah kepengakapan di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanahair seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.

Kronologi penubuhan pasukan pengakap di negeri-negeri[sunting | sunting sumber]


Ketua Pengakap Negara, Dato' Seri Paduka Dr. Shafie Hj. Mohd Salleh menerima Diploma pengesahan penubuhan 100 tahun Persekutuan Pengakap Malaysia, ketika Persidangan Pengakap Sedunia di Curitiba, Brazil pada 10 Januari 2011.
NegeriTarikh
Pulau Pinang1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang
1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin
1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R Cheeseman
Kuala Lumpur dan Selangor1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw
Pahang1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal.
1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet
Sabah1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan
Sarawak1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching
Kedah1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield di Kolej Sultan Abdul Hamid
Perak1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar
Melaka1926, dibawa oleh R Brunstone
Negeri Sembilan1926, juga oleh R. Brunstone
Terengganu1927, ditubuhkan oleh A J Gracle
Kelantan1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail
Johor1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar)
Perlis1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara
Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepasPerang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.
Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.

Keahlian dan peringkat umur pengakap[sunting | sunting sumber]

Keunikan pengakap sebagai unit beruniform yang asal ialah ia menerima ahli dari berbagai lapisan masyarakat. Asal saja seseorang itu menerima prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap, beliau boleh menyertai pergerakan ini. Keahlian yang bersifat universal ini memupuk perpaduan antara ahli tanpa mengira bangsa, budaya dan fahaman agama. Keahlian pengakap juga tidak dihadkan oleh faktor usia. Malah seseorang itu boleh menjadi pengakap hingga akhir usia dan dari inilah timbul ungkapan "Sekali Berpengakap, Teruskan Berpengakap". Anggota-anggota pergerakan pengakap pula dibahagikan mengikut beberapa peringkat umur seawal 10 tahun hinggalah dewasa.
  • Pengakap Kanak-kanak (bahasa Inggeris: Cub Scout), untuk mereka yang berumur 10 hingga 12 tahun, lazimnya pelajar tahun 4 hingga tahun 6. Motto Pengakap Kanak-kanak ialah Buat Habis Baik.
  • Pengakap Muda ataupun Junior Scout, untuk yang berusia 13 hingga 15 tahun iaitu pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Cogankatanya ialah Selalu Sedia.
  • Pengakap Remaja atau Senior Scout untuk anak-anak muda tingkatan 4 dan 5. Mottonya ialah Pandang Luas.
  • Pengakap Kelana (Rover Scout) untuk ahli-ahli dewasa lepasan sekolah dan tiada had umur. Terdapat juga dua kumpulan latihan kelana yang ditadbir setaraf negeri iaitu Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). KLM dikhususkan bagi penuntut-penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) manakala KLKM untuk penuntut-penuntut di universiti, politeknik dan kolej universiti. Motto pergerakan kelana ialah Berkhidmat.

Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia[sunting | sunting sumber]

Carta Oganisasi Majlis Pengakap Negara[sunting | sunting sumber]







Ketua Pengakap Negara/Yang Dipertua
Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr Haji Shafie Haji Salleh
Naib Yang Dipertua
Datuk Dr. Hj Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin (B)
Ketua Pegawai Eksekutif
Dato' Raja Ruslan bin Raja Samah
{{{
Datuk Haji Abdul Kader bin Mohd Nor
}}}
{{{Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Datuk Dr Haji Awang Zainie Haji Suntim
}}}
Setiausaha
Dato' Raja Ruslan bin Raja Samah
Bendahari
Dato' Haji Abdullah Haji Taib
Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Dr. Mohammed Mukhyuddin Sarwani
(Pesuruhjaya Antarabangsa)
Haji Ishak bin Mohd Jonid
(Pesuruhjaya Latihan Negara dan Sumber Dewasa)
Haji Mohd Zulkifli bin Dato' Haji Maulud

(Pesuruhjaya Program Negara)
Haji Nasaruddin bin Haji Shamsuddin (Tugas Khas)
Haji Zakran Abd Manan (ICT dan Jota / Joti)
Rajalingam Ramasamy (WOSM / APR /ASEAN Liason Officer)
Cik Lau Hooi Lin (Tugas Khas)
Ahmad Sabri bin Saad (Profile Pengakap, Pendaftaran dan Keahlian Pengakap)
Amir Hamzah bin Aman (Bicara Tokoh, Alam Sekitar, Kemasyarakatan dan Messenger of Peace)
Haji Abd. Razak Haji Shahidan (Tugas Khas)
Hj. Zulkifli bin Ansari (Tugas Khas)
T. Gunasellan (Tugas Khas Perundangan dan BP Guild)
Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Salleh (Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara - Pakar Rujuk Kelana)
Encik Shah Anuar bin Harun (Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara - Kesenian dan Kebudayaan)
Paramasivam Palany (Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara - Promosi dan Penjenamaan)
Chan Ah Sang (Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara - Penajaan dan Sumbangan)
Ahmad Fauzi bin Haji Mustafa (Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara - Penerangan dan Media)
Mejar Rosila bin Mohamad Haroman (Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara)
Gordon Koh Hong Kian (Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara)
Pesuruhjaya-pesuruhjaya Ibu Pejabat
Mohd Fadzil bin Mohd Yusop (Pengakap Remaja)
Eric Chee Swee Kit (Latihan)
Mohd Nazlee Mohd Baki(Latihan)
Capt. Abdul Mueiem Sahadin (Pengakap Udara)
Mohd Hilmi bin Abu Bakar (Pengakap Laut)
Mohd Faisal Hashim (Logistik)
Saiful Azlan bin Azimat (Latihan)
P S Maniam (Tugas-tugas Khas)
Ahmad Razif bin Ramli (Pendaftaran dan Keahlian)
Khairul Irwan bin Ibrahim (Media dan ICT)
Ramakrishnan Ramasamy (Pengurusan Risiko)
Haji Faizal bin Abdul Rahim (Sumber Dewasa)
Siti Khadzimah Sallip (Hal Ehwal Wanita)
Teoh Kheng Lin (Pengakap Muda)
Adha Fikris bin Mokhtar (Program)
Noor Azmi bin Ujang (Program)
Cheong Kow Chai Philip(Perhubungan Awam)
Mohd Hafiz bin Ariffin(Tugas Khas Kelana)
Haji Zulfadzli bin Haji Ahmad (Media dan ICT)
Nashua binti Fauzun (Perhubungan Antarabangsa)
Ketua Pegawai Operasi
Mohd Zaki Nurud-din @ Nordin
Setiausaha Eksekutif Latihan
Kosong
Setiausaha Eksekutif Program
Kosong
Setiausaha Eksekutif Pentadbiran
Cik Rosnah binti Haji Baharom
Setiausaha Eksekutif Kewangan
Puan Siti Ramlah binti Ahmad
Pen. Setiausaha Eksekutif Latihan
Encik Sharil bin Kuru
Pen. Setiausaha Eksekutif Program
Encik Mohd Azri bin Ramli @ Hisham
Pembantu-pembantu Tadbir
Cik Natasha Addha binti Baharom
Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia mempunyai beberapa hieraki. Yang tertinggi majlis di peringkat kebangsaan, kemudian di peringkat negeri dan seterusnya majlis pengakap daerah.
Di peringkat negeri, majlis pengakap diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri dan dibantu oleh Penolong-penolong Pesuruhjaya Negeri. Majlis pengakap daerah pula dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Daerah masing-masing.

Ketua - Ketua Pesuruhjaya Negeri[sunting | sunting sumber]

NegeriKetua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
JohorHaji Yaacob bin Abdul Karim
KedahHaji Ismail bin Ku Ishak
KelantanHaji Adnan bin Hassan Nordin
MelakaMohd Zamir bin Hj. Mohd Sharif
Negeri SembilanHamdan bin Haji Mohd Nor
PahangDato' Haji Lias bin Mohd Nor
PerakHaji Ahmad Azam bin Abdul Majid
PerlisHaji Rahim bin Mohamed
Pulau PinangHaji Zulkafli bin Kamaruddin
SabahDatuk Dr. Haji Awang Zainie bin Haji Suntim
SelangorHaji Ishak bin Mohd Jonid
SarawakSudaryo bin Osman
TerengganuHaji Che Soh bin Muda
Wilayah Persekutuan Kuala LumpurDato' Dr. Elli bin Mohd Tahir
Wilayah Persekutuan LabuanHong Heng Chee
Kumpulan Latihan Malaysia (KLM/IPGM/KPM)Mohd Radzi bin Johari
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM)Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohamad

Organisasi unit kecil pengakap[sunting | sunting sumber]

Setiap kumpulan pengakap di sekolah lazimnya dipanggil trup. Trup ini mempunyai pengenalan khusus berupa lencana-lencana yang dipakai di bahu kanan terdiri dari nama negeri, nama daerah dan nombor kumpulan. Setiap kumpulan atau trup mempunyai nombor unik mengikut giliran ianya ditubuhkan. Contohnya, pasukan atau sekolah yang memakai lencana (KELANTAN), (KOTA BHARU) dan (80) ialah pasukan yang ke-80 ditubuhkan di daerah Kota Bharu di Kelantan.
Trup-trup kelana pula lazimnya dipanggil krew. Pasukan-pasukan krew ini tidak mempunyai nombor sebaliknya menggunakan abjad A,B,C dan sebagainya. KLM dan KLKM pula menggunakan lencana atau flash nama institusi pengajian mereka.
Setiap trup pula dibahagikan kepada patrol yang lazimnya mempunyai 6 pengakap. Setiap trup diketuai oleh ketua, manakala patrol dipimpin oleh ketua patrol dibantu oleh penolong ketua patrol. Di sekolah-sekolah, lazimnya guru-guru penasihat diangkat menjadi pemimpin dan penolong pemimpin, terutama guru-guru yang menyertai latihanmanikayu. Di institut pendidikan guru, kolej-kolej dan universiti, ahli-ahli kanan yang telah menamatkan latihan manikayu menjadi pemimpin.

Epolet pemimpin dan pesuruhjaya[sunting | sunting sumber]

Contoh Epolet
(Biru Tua)
1Ketua Pengakap Negara.png2Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.png3Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.png3Pesuruhjaya Negeri.png4Pesuruhjaya Daerah.png5Penolong Pesuruhjaya Daerah.png6Pemimpin.png7Penolong Pemimpin.png
Warna EpoletEnam LengkarLima LengkarEmpat LengkarTiga LengkarDua LengkarSatu LengkarBunga PadiInsignia
KuningPenaung Utama
Penaung DiRaja
Raja Permaisuri
Raja Muda
Tengku Mahkota
Kerabat DiRaja BergelarKerabat DiRaja
HijauTYT GabenorTimbalan YDP Negara
Naib YDP Negara
Setiausaha(Negara)
Bendahari(Negara)
Ketua Pengarah Pelajaran
Ketua Pengarah KBS
Ketua Pengarah KPT
Ahli-ahli Majlis Negara
Pengerusi Negeri
Pengarah Pelajaran Negeri
Rektor IPGM
Naib Canselor IPTA/IPTS
Setiausaha Negeri
Bendahari Negeri
Ahli-ahli Majlis Negeri
Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
Pegawai Pelajaran Daerah
Pengarah-pengarah IPG
Timbalan Naib Canselor IPTA/IPTS
Pengetua/Guru Besar
Pengerusi Daerah
Setiausaha Daerah
Bendahari Daerah
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Guru Penolong Kanan
Setiausaha Kumpulan
Bendahari Kumpulan
AJK Kumpulan
Biru TuaKetua Pengakap NegaraKetua Pesuruhjaya Pengakap NegaraTimbalan Ketua Pesuruhjaya Negara
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Ketua Pesuruhjaya Negeri
Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa Sabah & Sarawak
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Pesuruhjaya Bahagian(Sabah)
Pesuruhjaya Kawasan(Sarawak)
Pesuruhjaya Daerah
Penolong Pesuruhjaya DaerahPemimpinPenolong Pemimpin
UnguPesuruhjaya Antarabangsa
Pesuruhjaya Latihan Negara
Pesuruhjaya Program Negara
Setiausaha Latihan Negara
Setiausaha Program Negara
Jurulatih Antarabangsa
Penolong Jurulatih Kebangsaan
MerunPerdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
YDP Dewan Negara
YDP Dewan Rakyat
Presiden
TImbalan Presiden
Naib Presiden
Setiausaha
Bendahari
Menteri/Timbalan Menteri Kabinet
Ahli Dewan Negara
Ahli Dewan Rakyat
Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri(EXCO)
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
MerahPengerusi Sekretariat Kelana NegaraSetiausaha,Bendahari,AJK Sekretariat Kelana Negara
Pengerusi Sekretariat Kelana Negeri
Setiausaha,Bendahari,AJK Sekretariat Kelana Negeri
Pengerusi Sekretariat Kelana Daerah
Setiausaha,Bendahari,AJK Sekretariat Kelana DaerahAhli Kelana
KelabuKetua Pegawai Operasi
Ketua Setiausaha Eksekutif
Setiausaha EksekutifPenolong Setiausaha EksekutifPembantu Tadbir

Epolet Kelana
Epolet pemimpin dan pesuruhjaya mengandungi susunan lengkar beserta warna latar bagi menunjukkan pangkat seseorang. Warna hijau dan kuning digunakan oleh penaung dan penaung diraja. Warna merun pula untuk menteri-menteri dan ahli-ahli kerajaan. Biru tua adalah untuk susunan pegawai-pegawai pemimpin dan pesuruhjaya manakala ungu untuk susunan jurulatih. Bagi ahli kelana yang belum mendapat manik kayu, dikhususkan kepada mereka untuk memakai epolet seperti penolong pemimpin dengan latar belakang merah. Epolet ini mempunyai perkataan "KELANA" tertulis di atasnya.

Alamat surat-menyurat[sunting | sunting sumber]

Persekutuan Pengakap Malaysia
The Scouts Association of Malaysia
Rumah B-P
4 Jalan Hang Jebat
50150 Kuala Lumpur
Phone: +60 (3) 2078-0836 / 2070 6978
Fax: +60 (3) 2070-9057
email: pengakap@scouts.my
URL: http://www.pengakapmalaysia.org

Jambori Malaysia[sunting | sunting sumber]

Malaysia mengadakan banyak jambori kebangsaan semenjak 1966. Setiap negeri mengambil giliran menjadi hos, dan hanya Perlis dan Selangor yang masih belum melakukannya. Daftar pelbagai jambori kebangsaan dan tahun ia diadakan adalah seperti berikut :
Pada tahun 2008, jambori bagi meraikan 100 tahun pengakap di Malaysia telah diadakan pada Ogos 2008, menyaksikan penyertaan pengakap dari seluruh Malaysia termasuk negara Asia Pasifik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]